“KOPITAS International” ditakrifkan Koperasi Islam utama dalam perniagaan peringkat Global yang inovatif berlandaskan prinsip Syariah untuk Mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat
Misi
Menyumbang kepada kepentingan dan kecemerlangan Islam menerusi segala urusan dan aktiviti niaga yang kami ceburi.
Menerapkan nilai-nilai etika Islam secara menyeluruh di dalam segala aspek urusan perniagaan .
Menjalankan misi dakwah dan kerja-kerja penyebaran ajaran Islam melalui KOPITAS.
Mendidik dan membimbing masyarakat agar mempunyai daya fikiran yang tinggi dan berakhlak mulia, menerusi perniagaan KOPITAS
Melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing, inovatif dan berkepakaran tinggi menerusi usaha-usaha yang berterusan di dalam membangunkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan modal insan.
Sentiasa berusaha untuk member sumbangan yang positif terhadap mana-mana bidang industri, perniagaan, persekitaran dan kemasyarakatan yang diceburi oleh KOPITAS
Berpengetahuan dan bersedia menghadapi cabaran perniagaan global
Menambah ilmu perniagaan di peringkat Global
Menawarkan pulangan yang munasabah dan mampan kepada para pemegang saham