Minyak masak Hafeez adalah produk pertama keluaran KOPITAS. Sumber minyak kelapa sawit diperolehi daripada kilang-kilang penapisan didalam negara. Kemudian diproses dan dibotolkan di kilang Kopitas. Proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) minyak masak Hafeez telah pun dilaksanakan selama 2 tahun bermula tahun 2017-2018. Pengeluaran sulung pada Januari 2019 telah mendapat sambutan yang luar biasa.
Jualan pada 9 bulan pertama, dari Januari sehingga September 2019, KOPITAS telah berjaya mencatatkan jualan jutaan ringgit yang merupakan pencapaian di luar jangkaan yang melangkau sasarkan jualan kami.
Produk-produk asas yang lain juga dijangka akan dikeluarkan dalam tahun 2020. Semoga kejayaan KOPITAS sentiasa meningkat dan menjadi sebuah organisasi perniagaan yang akan martabatkan ekonomi umat islam dan negara.